Headline: Marionexxes juara menerusi undi SMS
Publication: HM
Date of publication: Dec 12, 2009
Section heading: Variasi
Page number: 09


KUGIRAN dari Universiti Malaya, Marionexxes mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara pertama pertandingan mencari bakat baru kumpulan indie, Denim Music World, di Subang Jaya, baru-baru ini.

Marionexxes meraih undian tertinggi daripada khalayak awam menerusi 5,750 undi mengalahkan penyanyi solo, Ady Suwardy dari Selangor dengan 4,075 undi, sementara kumpulan dari Kuala Lumpur, Lydias Diery di tempat ketiga selepas menerima 1,371 undian.

Kemenangan itu membolehkan Marionexxes menerima bekalan produk Denim selama setahun bernilai RM1,000 dan turut berpeluang menghasilkan klip video bernilai RM10,000.

Capodastro (Kelana Jaya), Otwo (Perlis), Ryo (Subang Jaya), Bobby Grung (Subang Jaya) dan Mel dari Kuala Lumpur pula menerima hadiah sagu hati iaitu RM500 dan enam bulan bekalan barangan Denim bernilai RM500.

Pertandingan ini julung kali diadakan jenama haruman lelaki, Denim, yang bertindak sebagai platform kepada remaja dan kumpulan indie baru untuk mempersembahkan bakat dan kreativiti mereka.

"Berbeza beberapa pertandingan nyanyian lain, pemenang Denim Music World diadili menerusi jumlah undian yang dihantar peminat muzik dalam laman web www.denimmusicworld.com.

"Antara kriteria yang menarik perhatian peminat ialah gaya persembahan peserta dan rentak lagu yang dibawakan mereka," kata Penasihat SDL Group, Andy Lamont.

Dalam kemeriahan pesta hiburan itu, Denim turut melancarkan dua produk wangian terbarunya - Heat dan Chill - yang sesuai untuk lelaki berkulit sensitif.

Heat menampilkan kesegaran lavender disertakan bersama sitrus bergamot manakala Chill lebih segar dengan haruman rempah, hasil gabungan bergamot, lemon dan taragon.

Heat dan Chill turut berfungsi sebagai ejen anti bakteria 24 jam yang mesra kulit.

(END)





to purchase a PDF version of this article.


This document has been viewed 0 times.

Linked documents:

>home> search> purchase

 

 

 

SEARCH
SUBSCRIBE

TERMS OF USE

FAQ









New Straits Times   Berita Harian   Harian Metro


Copyright The New Straits Times Press - All rights reserved - Privacy policy